Monday 22 October 2012

Rantaian Makanan

Siapa Makan Siapa?
  1. Semua hidupan memerlukan makanan untuk hidup.
  2. Tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri.
  3. Haiwan tidak boleh membuat makanannya sendiri. Haiwan mendapat makanan daripada tumbuhan atau haiwan lain.
  4. Oleh itu, tumbuhan adalah sumber makanan utama bagi sesetengah haiwan.
  5. Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar dan haiwan dikenali sebagai pengguna.
  6. Haiwan boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan berdasarkan makanan yang dimakan.
  • Herbivor - Haiwan yang makan tumbuhan sahaja
  • Karnivor - Haiwan yang makan haiwan lain
  • Omnivor - Haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan lain  
 

  

Haiwan Herbivor



    
 
Haiwan Karnivor



 
   
Haiwan Omnivor

    7.   Hubungan makanan antara hidupan boleh ditunjukkan oleh
          rantai makanan.
    8.   Rantai makanan sentiasa bermula dengan tumbuhan hijau.
    9.   Berikut menunjukkan satu contoh rantai makanan.

  
Tumbuhan
 

 
Rusa

 


 
Harimau   

  • Tumbuhan adalah pengeluar.
  • Rusa makan tumbuhan. Rusa adalah pengguna dan merupakan herbivor.
  • Harimau makan rusa. Harimau adalah pengguna dan merupakan karnivor.
  • Anak panah dalam rantai makanan bermaksud 'dimakan oleh'.
  • Habitat yang berlainan mempunyai rantai makanan yang berbeza.

4 comments:

  1. Nota ini sangat sesuai kerana mempunyai gambar - gambar yang menarik ... :)

    ReplyDelete
  2. nota cikgu ringkas dan senang difahami. terima kasih cikgu.

    ReplyDelete