Tuesday, 9 October 2012

PENGENALAN

Disediakan oleh : HUMAIRAA BINTI JAINI (D20112053742)


Selamat Datang ke Dunia Sains Tahun 5!

PENGENALAN KURIKULUM SAINS

            Seperti yang dinyatakan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara holistik dan bersepadu untuk melahirkan insan yang mempunyai intelek, rohani, jasmani, emosi dan fizikal yang seimbang dan harmoni. Kurikulum sains sekolah rendah dan menengah dibangunkan dengan matlamat menghasilkan individu sedemikian.
            Sebagai sebuah negara yang sedang menuju ke arah Wawasan 2020, keperluan Malaysia untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berorientasikan sains, progresif, berilmu, mempunyai kapasiti yang tinggi untuk perubahan, pandang ke hadapan, inovatif dan penyumbang kepada perkembangan sains dan teknologi masa hadapan. Selaras dengan itu, terdapat keperluan untuk melahirkan warganegara yang kreatif, kritikal, ingin tahu, berfikiran terbuka, dan kompeten dalam bidang sains dan teknologi.

MATLAMAT
  • Membentuk masyarakat budaya sains dan teknologi
  • Melahirkan insan bertanggungjawab terhadap alam sekeliling
  • Bersyukur dan mengagumi ciptaan alam
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
  • Eksperimen
  • Perbincangan
  • Simulasi
  • Projek

SIKAP DAN NILAI

      Sikap Saintifik
  • Minat dan bersifat ingin tahu
  • Jujur dan tepat dalam merekod data
  • Berfikiran terbuka
  • Tabah, sistematik dan yakin
      Nilai Positif 
  • Kerjasama dan bertanggungjawab ke atas keselamatan
  • Ikram dan mensyukuri nikmat alam, sains dan teknologi
PENILAIAN
  1. Dijalankan secara berterusan
  2. Untuk mengesan sejauh mana murid menguasai objektif pencapaian yang dinyatakan
  3. Dilaksanakan secara pemerhatian, lisan atau bertulis
  4. Bertujuan untuk mengatasi masalah murid dan memperkukuhkan lagi pembelajaran murid
  5. Tiga aspek dinilaikan iaitu:
  • Pengetahuan (fakta, konsep dan prinsip sains)
  • Kemahiran (proses, kemahiran manipulatif dan pemikiran sains)
  • Sikap dan nilai
 

4 comments:

  1. Ringkas dan mudah dicapai. Paparan yang tidak terlalu padat mudah dilihat.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komen yang membina. Kalau ada cadangan lain sila la kemukakan. Jangan lupa follow blog saya..

    ReplyDelete
  3. Sngat berinformasi.. Tmbah applikasi games ke, untuk budak2 sentiasa nak ke blog ini..
    Teruskan usaha. Teruskan menjadi seorang blogger yang masyur di rantau ini..
    Keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum..Terima kasih. Boleh tak tolong ajar saya cara nak muatnaik aplikasi games tu dalam blog saya ni?Maklumlah, saya budak baru belajar.TQ

      Delete