Saturday 22 December 2012

Bumi, Bulan dan Matahari

Ia Bergerak!
  1. Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur.
  2. Bumi membuat satu putaran lengkap dalam tempoh 24 jam.
  3. Bumi berputar pada paksinya dan pada masa yang sama ia beredar mengelilingi Matahari.
  4. Bulan berputar pada paksinya dan pada masa yang sama ia beredar mengelilingi Bumi.
  5. Bumi dan Bulan beredar mengelilingi Matahari pada masa yang sama.
  6. Putaran Bumi pada paksinya menyebabkan perubahan panjang dan kedudukan bayang - bayang. 
 


 
Putaran Bulan dan Bumi mengelilingi Matahari

Kedudukan bayang - bayang

Menyiasat Bumi dan Alam Semesta

Buruj
  1. Segugusan bintang yang membentuk corak tertentu di langit disebut sebagai buruj.
  2. Buruj dinamakan mengikut coraknya.
  3. Contoh - contoh buruj ialah:
a) Buruj Pari

   

  • Mempunyai corak seperti layang - layang atau palang dan menunjuk ke arah Kutub Selatan.
  • Ia boleh dilihat di antara bulan April dan Jun.

b) Buruj Biduk

 

  • Merupakan sekumpulan tujuh bintang yang terang yang membentuk corak seperti senduk.
  • Buruj ini boleh dilihat di antara bulan April dan Jun.
  • Selain itu, buruj ini juga menunjuk ke arah Kutub Utara.
c) Buruj Skorpio

 

  • Dilihat seperti kala jengking dengan kepala, badan yang panjang, ekor dan sengatnya.
  • Buruj Skorpio boleh dilihat di antara bulan Jun dan Ogos.


c) Buruj Belantik
   

  • Dilihat seperti seorang pemburu dengan tali pinggang serta pedang.
  • Ia boleh dilihat di antara bulan Disember dan Februari.
  • Buruj Belantik menunjuk ke arah Kutub Utara.


Kepentingan Buruj
  1. Buruj digunakan oleh pengembara untuk menunjuk arah.
  2. Buruj juga digunakan oleh petani untuk menentukan masa bagi aktiviti - aktiviti tertentu seperti penanaman dan penuaian.
 

Thursday 13 December 2012

Asid dan Alkali

Keasidan dan Kealkalian Bahan
  1. Bahan yang berlainan mempunyai sifat yang berbeza.
  2. Bahan - bahan boleh dikelaskan sebagai asid, alkali atau neutral.
  3. Kertas litmus digunakan untuk mengenal pasti sama ada suatu bahan adalah berasid, beralkali atau neutral.
  4. Bahan berasid berasa masam dan menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah.
  5. Contoh bahan berasid ialah cuka, oren, nanas, asam jawa dan sos tomato.
  6. Bahan beralkali berasa pahit dan menukarkan warna kertas litmus merah kepada biru.
  7. Contoh bahan beralkali ialah peria, syampu, ubat gigi dan  pencuci.
  8. Bahan neutral tidak berasa pahit atau masam.
  9. Contoh bahan neutral ialah garam, gula, air mineral, dan minyak masak.
   
Ujian kertas litmus




Air Oh Air!

Kepentingan Air Kepada Hidupan
  1. Air adalah penting untuk semua hidupan.
  2. Sumber air semula jadi termasuklah sungai, tasik dan kolam.
  3. Kita memerlukan air untuk pelbagai aktiviti harian seperti minuman, membasuh, mandi dan memasak.
  4. Air juga digunakan untuk tujuan lain seperti:
  • tempat tinggal bagi sesetengah hidupan.
  • bahan mentah bagi industri makanan.
    5.  Haiwan dan tumbuhan memerlukan air untuk menjalani
         proses hidup dan juga untuk kemandirian.
    6.  Pencemaran air disebabkan oleh aktiviti - aktiviti
         manusia seperti:
  • tumpahan minyak
  • membuang sampah merata - rata
  • penyahutanan
  • membuang bahan buangan bertoksik ke dalam sungai

     7.  Langkah - langkah berikut dapat mengekalkan
          kebersihan sumber air:
          a)  Tidak membuang sampah ke dalam sungai, tasik atau laut.
          b)  Tidak membina kilang berhampiran sumber - sumber air.
          c)  Merawat kumbahan sebelum mengalirkannya ke dalam
               sungai.

Apa Yang Datang Dan Pergi?

Kitar Air
  1. Pergerakan air secara berterusan dari permukaan bumi ke atmosfera dan kembali semula ke permukaan bumi disebut sebagai kitar air.
  2. Kitar air menyediakan semua hidupan dengan bekalan air yang berterusan untuk kemandirian.
  3. Berikut menunjukkan pembentukan awan dan hujan.
  • Air dari tasik, sungai, dan laut dipanaskan oleh Matahari, tersejat dan membentuk wap air.
  • Apabila air naik ke atmosfera, wap air menjadi lebih sejuk. Ini menyebabkan wap air terkondensasi dan membentuk titisan air.
  • Titisan air yang kecil akan berkumpul membentuk awan.
  • Apabila semakin banyak titisan air bergabung, awan menjadi semakin berat.
  • Apabila awan menjadi sangat berat, titisan air akan jatuh ke bumi sebagai hujan.


Perubahan Keadaan Bahan

Bahan Berubah


  1. Air boleh wujud dalam tiga keadaan, iaitu pepejal, cecair dan gas.
  2. Air boleh berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain apabila menerima atau kehilangan haba.
  3. Apabila air dipanaskan, ia akan berubah menjadi wap air (gas).
  4. Apabila wap air disejukkan, ia akan berubah menjadi air (cecair)
  5. Apabila air membeku, ia akan menjadi ais (pepejal)
  6. Air boleh berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain melalui proses - proses ini.

Peleburan


Pembekuan



Pendidihan



Kondensasi



Penyejatan

     7.  Jadual di bawah menunjukkan perubahan keadaan bahan
          semasa proses - proses tersebut.

Proses yang terlibat
Perubahan keadaan bahan
Peleburan
Pepejal menjadi cecair
Pembekuan
Cecair menjadi pepejal
Pendidihan
Cecair menjadi gas
Kondensasi
Gas menjadi cecair
Penyejatan
Cecair menjadi gas

      8.  Faktor - faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air
           adalah seperti berikut:
           a)  Pergerakan udara (angin)
                Penyejatan berlaku lebih cepat semasa hari berangin
           b)  Suhu persekitaran
                Semakin tinggi suhu, semakin cepat air menyejat
           c)  Luas permukaan yang terdedah
                Air tersejat lebih cepat apabila luas permukaan air yang
                terdedah adalah lebih besar.

Tuesday 11 December 2012

Menyiasat Alam Bahan

Sifat - Sifat Bahan


  1. Bahan adalah sesuatu yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
  2. Bahan wujud dalam bentuk pepejal, cecair atau gas.
  3. Contoh - contoh pepejal ialah beg, buku, klip kertas, batu dan bola.
  4. Pepejal mempunyai sifat - sifat yang berikut:
  • Mempunyai jisim
  • Mempunyai isipadu yang tetap
  • Mempunyai bentuk yang tidak tetap dan tidak mengambil bentuk bekas yang diisinya.
     5.  Cecair mempunyai sifat - sifat yang berikut:
  • Mempunyai jisim
  • Mempunyai isi padu yang tetap
  • Tidak mempunyai bentuk yang tetap dan mengambil bentuk bekas yang diisinya
  • Tidak boleh dimampatkan
  • Contoh : air paip, susu, kopi, dakwat dan minyak masak.
  • Sesetengah cecair mengalir lebih cepat daripada cecair yang lain.
     6.  Gas mempunyai sifat - sifat yang berikut:
  • Mempunyai jisim
  • Tidak mempunyai isi padu yang tetap dan mengambil bentuk bekas yang diisinya
  • Boleh dimampatkan
  • Contoh : udara, wap air, hidrogen dan nitrogen