Tuesday 16 October 2012

Kemandirian Spesies Hidupan2

Kemandirian Spesies Tumbuhan

Sila klik pautan di bawah ini...



1. Tumbuhan memastikan kemandirian spesiesnya melalui
    pencaran biji benih atau buahnya.
2. Biji benih atau buah perlu dipencarkan untuk memastikan anak
    pokok boleh bertumbuh dengan sihat dan kemudian
    menghasilkan tumbuhan yang baharu.
3. Pencaran biji benih atau buah dibantu oleh agen pencaran
    seperti haiwan, angin, air dan  mekanisme letupan.
4. Jadual di bawah menunjukkan agen pencaran yang berlainan dan
    ciri - ciri biji benih dan buah.
 
Agen Pencaran
Ciri – Ciri Biji Benih atau Buah
Angin
Ringan, kecil, mempunyai struktur seperti sayap dan bulu halus.
Haiwan
Berisi, berwarna terang, biji yang keras, boleh dimakan, mempunyai bau harum dan mempunyai cangkuk.
Air
Mempunyai ruang udara, kulit yang berlilin dan bersabut.
Mekanisme letupan
Kulit kering apabila masak.


Dipencarkan melalui angin :
Contoh : Angsana, meranti, lalang dan kapas
   
 

Dipencarkan melalui haiwan :
Contoh : Kemuncup, durian, betik dan rambutan

 

 

Dipencarkan melalui air :
Contoh : Kelapa, teratai

 

Dipencarkan melalui mekanisme letupan :
Contoh : Biji  getah, keembung

 


8 comments:

  1. Hello! Bolehkah Cikgu melettakan post kemandirian spesis keembung.


    T.KASIH

    ReplyDelete
  2. Hi,i am nur nina rizuanna.I am yours new member.So,hello everyone.

    ReplyDelete
  3. Sy ada 1soalan bagaimanakah pokok kelapa memastukan biji benihnya dpt dipencarkan ke tempat yg sesuai????
    πŸ¦„πŸ¦„πŸ¦„πŸ¦„πŸ¦„πŸ¦„ tolong jwb soaln sy yg dktπŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ–•

    ReplyDelete
  4. Thanks.... kerana telah memberikan sedikit maklumat yang bagus....❤❤❤πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete