Tuesday 30 October 2012

Siratan Makanan

Siratan Makanan Hidupan

  1. Tumbuhan mungkin dimakan oleh lebih daripada sejenis haiwan.
  2. Seekor haiwan mungkin makan lebih daripada sejenis makanan.
  3. Beberapa rantai makanan boleh dijalinkan untuk membentuk satu siratan makanan.
  4. Rantai makanan boleh digabungkan untuk membentuk satu siratan makanan.
  5. Siratan makanan adalah penting kerana mengawal bilangan hidupan dalam suatu habitat.
  6. Perubahan populasi spesies tertentu dalam satu siratan makanan akan memberi kesan kepada spesies lain dalam siratan makanan itu.

Monday 22 October 2012

Rantaian Makanan

Siapa Makan Siapa?
  1. Semua hidupan memerlukan makanan untuk hidup.
  2. Tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri.
  3. Haiwan tidak boleh membuat makanannya sendiri. Haiwan mendapat makanan daripada tumbuhan atau haiwan lain.
  4. Oleh itu, tumbuhan adalah sumber makanan utama bagi sesetengah haiwan.
  5. Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar dan haiwan dikenali sebagai pengguna.
  6. Haiwan boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan berdasarkan makanan yang dimakan.
  • Herbivor - Haiwan yang makan tumbuhan sahaja
  • Karnivor - Haiwan yang makan haiwan lain
  • Omnivor - Haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan lain  
 

  

Haiwan Herbivor



    
 
Haiwan Karnivor



 
   
Haiwan Omnivor

    7.   Hubungan makanan antara hidupan boleh ditunjukkan oleh
          rantai makanan.
    8.   Rantai makanan sentiasa bermula dengan tumbuhan hijau.
    9.   Berikut menunjukkan satu contoh rantai makanan.

  
Tumbuhan
 

 
Rusa

 


 
Harimau   

  • Tumbuhan adalah pengeluar.
  • Rusa makan tumbuhan. Rusa adalah pengguna dan merupakan herbivor.
  • Harimau makan rusa. Harimau adalah pengguna dan merupakan karnivor.
  • Anak panah dalam rantai makanan bermaksud 'dimakan oleh'.
  • Habitat yang berlainan mempunyai rantai makanan yang berbeza.

Saturday 20 October 2012

Kemandirian Spesies Hidupan 3

Kepentingan Kemandirian Spesies
  1. Semua hidupan bergantung antara satu sama lain.
  2. Jika tumbuhan atau haiwan tidak boleh bermandiri dalam habitatnya, ia akan mengalami kepupusan.
  3. Jika sesetengah tumbuhan atau haiwan menjadi pupus, kekurangan sumber makanan akan berlaku dan spesies lain juga akan diancam kepupusan.
  4. Setiap spesies bergantung kepada spesies yang lain untuk makanan. Oleh itu, sekiranya tumbuhan pupus, sesetengah haiwan juga tidak boleh meneruskan hidup dan menjadi pupus.
  5. Apabila pokok di dalam hutan dimusnahkan lebih cepat daripada dibiakkan, banyak haiwan yang bergantung kepada pokok sebagai tempat tinggal dan makanan akan perlahan - lahan menjadi pupus.
  6. Manusia juga bergantung kepada tumbuhan dan haiwan untuk sumber makanan. Manusia tidak boleh hidup tanpa tumbuhan dan haiwan.
  7. Beberapa faktor yang menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan adalah :
  • penyahutanan
  • pencemaran

  • bencana alam
  • pemburuan haram

Antara Haiwan yang Diancam Kepupusan

      

Tuesday 16 October 2012

Kemandirian Spesies Hidupan2

Kemandirian Spesies Tumbuhan

Sila klik pautan di bawah ini...



1. Tumbuhan memastikan kemandirian spesiesnya melalui
    pencaran biji benih atau buahnya.
2. Biji benih atau buah perlu dipencarkan untuk memastikan anak
    pokok boleh bertumbuh dengan sihat dan kemudian
    menghasilkan tumbuhan yang baharu.
3. Pencaran biji benih atau buah dibantu oleh agen pencaran
    seperti haiwan, angin, air dan  mekanisme letupan.
4. Jadual di bawah menunjukkan agen pencaran yang berlainan dan
    ciri - ciri biji benih dan buah.
 
Agen Pencaran
Ciri – Ciri Biji Benih atau Buah
Angin
Ringan, kecil, mempunyai struktur seperti sayap dan bulu halus.
Haiwan
Berisi, berwarna terang, biji yang keras, boleh dimakan, mempunyai bau harum dan mempunyai cangkuk.
Air
Mempunyai ruang udara, kulit yang berlilin dan bersabut.
Mekanisme letupan
Kulit kering apabila masak.


Dipencarkan melalui angin :
Contoh : Angsana, meranti, lalang dan kapas
   
 

Dipencarkan melalui haiwan :
Contoh : Kemuncup, durian, betik dan rambutan

 

 

Dipencarkan melalui air :
Contoh : Kelapa, teratai

 

Dipencarkan melalui mekanisme letupan :
Contoh : Biji  getah, keembung

 


Monday 15 October 2012

Kemandirian Spesies Hidupan

Kemandirian Spesies Haiwan

1. Haiwan mempunyai cara tersendiri untuk memastikan
    kemandirian spesiesnya.
2. Sesetengah haiwan mamstikan kemandirian spesiesnya
    dengan menjaga telur atau anaknya.
3. Berikut menunjukkan beberapa cara bagaimana haiwan
    menjaga telur dan anaknya.

    

    

    

4. Sesetengah haiwan tidak menjaga telur dan anaknya.
5. Haiwan - haiwan ini mempunyai cara yang tersendiri
    untuk memastikan kemandirian spesiesnya.

Beberapa contoh ditunjukkan di bawah.

    

 

6. Haiwan yang tidak menjaga telur atau anaknya biasanya
    bertelur dengan banyak pada satu masa. 
    Contohnya penyu, katak, ikan, nyamuk dan siput.
7. Bilangan telur yang banyak akan memastikan sebahagian
    telur atau anaknya mempunyai peluang hidup.

Sahabat atau Musuh

Kebaikan dan Keburukan Mikroorganisma

1. Sesetengah mikroorganisma adalah berfaedah,
    manakala sesetengahnya adalah berbahaya.
2. Mikroorganisma yang berfaedah boleh digunakan
    dalam pembuatan makanan dan baja.
3. Yis digunakan dalam pembuatan roti, tapai dan tempe.

               
Roti                                                                       Tapai
Tempe

4. Sesetengah bakteria digunakan untuk membuat keju dan dadih.

 
         Keju                                                 Dadih

5. Bakteria dan kulat juga digunakan dalam pembuatan baja.
6. Bakteria dan kulat menguraikan organisma mati untuk
    menghasilkan baja asli.
7. Mikroorganisma yang berbahaya boleh menyebabkan:
  • penyakit
  • keracunan makanan
  • makanan menjadi rosak
  • pereputan gigi
8. Jadual di bawah menunjukkan beberapa penyakit yang
    disebabkan oleh mikroorganisma.

Mikroorganisma
Penyakit
Bakteria
Kolera, konjunktivitis
Virus
AIDS, selsema, campak, beguk, cacar air
Kulat
Kurap, panau

9.   Sesetengah penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma
      boleh merebak daripada seseorang kepada seseorang yang lain.
      Penyakit - penyakit ini disebut penyakit berjangkit.
10. Penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma boleh dicegah
      daripada merebak dengan;
  • membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan atau selepas menggunakan tandas.
  • minum air yang telah dididihkan.
  • menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin.
  • kuarantin pesakit yang menghidap penyakit berjangkit.
  • membalut luka.
  • tidak berkongsi peralatan peribadi dengan pesakit.