- Tumbuhan mungkin dimakan oleh lebih daripada sejenis haiwan.
- Seekor haiwan mungkin makan lebih daripada sejenis makanan.
- Beberapa rantai makanan boleh dijalinkan untuk membentuk satu siratan makanan.
- Rantai makanan boleh digabungkan untuk membentuk satu siratan makanan.
- Siratan makanan adalah penting kerana mengawal bilangan hidupan dalam suatu habitat.
- Perubahan populasi spesies tertentu dalam satu siratan makanan akan memberi kesan kepada spesies lain dalam siratan makanan itu.
My Blog List
Tuesday, 30 October 2012
Siratan Makanan
Siratan Makanan Hidupan
Monday, 22 October 2012
Rantaian Makanan
Siapa Makan Siapa?
- Semua hidupan memerlukan makanan untuk hidup.
- Tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri.
- Haiwan tidak boleh membuat makanannya sendiri. Haiwan mendapat makanan daripada tumbuhan atau haiwan lain.
- Oleh itu, tumbuhan adalah sumber makanan utama bagi sesetengah haiwan.
- Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar dan haiwan dikenali sebagai pengguna.
- Haiwan boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan berdasarkan makanan yang dimakan.
- Herbivor - Haiwan yang makan tumbuhan sahaja
- Karnivor - Haiwan yang makan haiwan lain
- Omnivor - Haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan lain
Haiwan Herbivor
Haiwan Karnivor
Haiwan Omnivor
7. Hubungan makanan antara hidupan boleh ditunjukkan oleh
rantai makanan.
rantai makanan.
8. Rantai makanan sentiasa bermula dengan tumbuhan hijau.
9. Berikut menunjukkan satu contoh rantai makanan.
Tumbuhan
Rusa
Harimau
- Tumbuhan adalah pengeluar.
- Rusa makan tumbuhan. Rusa adalah pengguna dan merupakan herbivor.
- Harimau makan rusa. Harimau adalah pengguna dan merupakan karnivor.
- Anak panah dalam rantai makanan bermaksud 'dimakan oleh'.
- Habitat yang berlainan mempunyai rantai makanan yang berbeza.
Saturday, 20 October 2012
Kemandirian Spesies Hidupan 3
Kepentingan Kemandirian Spesies
- Semua hidupan bergantung antara satu sama lain.
- Jika tumbuhan atau haiwan tidak boleh bermandiri dalam habitatnya, ia akan mengalami kepupusan.
- Jika sesetengah tumbuhan atau haiwan menjadi pupus, kekurangan sumber makanan akan berlaku dan spesies lain juga akan diancam kepupusan.
- Setiap spesies bergantung kepada spesies yang lain untuk makanan. Oleh itu, sekiranya tumbuhan pupus, sesetengah haiwan juga tidak boleh meneruskan hidup dan menjadi pupus.
- Apabila pokok di dalam hutan dimusnahkan lebih cepat daripada dibiakkan, banyak haiwan yang bergantung kepada pokok sebagai tempat tinggal dan makanan akan perlahan - lahan menjadi pupus.
- Manusia juga bergantung kepada tumbuhan dan haiwan untuk sumber makanan. Manusia tidak boleh hidup tanpa tumbuhan dan haiwan.
- Beberapa faktor yang menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan adalah :
- penyahutanan
- pencemaran
- bencana alam
- pemburuan haram
Antara Haiwan yang Diancam Kepupusan
Tuesday, 16 October 2012
Kemandirian Spesies Hidupan2
Kemandirian Spesies Tumbuhan
Sila klik pautan di bawah ini...
1. Tumbuhan memastikan kemandirian spesiesnya melalui
pencaran biji benih atau buahnya.
2. Biji benih atau buah perlu dipencarkan untuk memastikan anak
pokok boleh bertumbuh dengan sihat dan kemudian
menghasilkan tumbuhan yang baharu.
3. Pencaran biji benih atau buah dibantu oleh agen pencaran
seperti haiwan, angin, air dan mekanisme letupan.
4. Jadual di bawah menunjukkan agen pencaran yang berlainan dan
ciri - ciri biji benih dan buah.
Dipencarkan melalui angin :
Contoh : Angsana, meranti, lalang dan kapas
Dipencarkan melalui haiwan :
Contoh : Kemuncup, durian, betik dan rambutan
Dipencarkan melalui air :
Contoh : Kelapa, teratai
Dipencarkan melalui mekanisme letupan :
Contoh : Biji getah, keembung
Sila klik pautan di bawah ini...
1. Tumbuhan memastikan kemandirian spesiesnya melalui
pencaran biji benih atau buahnya.
2. Biji benih atau buah perlu dipencarkan untuk memastikan anak
pokok boleh bertumbuh dengan sihat dan kemudian
menghasilkan tumbuhan yang baharu.
3. Pencaran biji benih atau buah dibantu oleh agen pencaran
seperti haiwan, angin, air dan mekanisme letupan.
4. Jadual di bawah menunjukkan agen pencaran yang berlainan dan
ciri - ciri biji benih dan buah.
Agen Pencaran
|
Ciri – Ciri Biji Benih atau Buah
|
Angin
|
Ringan, kecil, mempunyai struktur seperti sayap dan bulu halus.
|
Haiwan
|
Berisi, berwarna terang, biji yang keras, boleh dimakan, mempunyai bau harum dan mempunyai cangkuk.
|
Air
|
Mempunyai ruang udara, kulit yang berlilin dan bersabut.
|
Mekanisme letupan
|
Kulit kering apabila masak.
|
Dipencarkan melalui angin :
Contoh : Angsana, meranti, lalang dan kapas
Dipencarkan melalui haiwan :
Contoh : Kemuncup, durian, betik dan rambutan
Dipencarkan melalui air :
Contoh : Kelapa, teratai
Dipencarkan melalui mekanisme letupan :
Contoh : Biji getah, keembung
Monday, 15 October 2012
Kemandirian Spesies Hidupan
Kemandirian Spesies Haiwan
1. Haiwan mempunyai cara tersendiri untuk memastikan
kemandirian spesiesnya.
2. Sesetengah haiwan mamstikan kemandirian spesiesnya
dengan menjaga telur atau anaknya.
3. Berikut menunjukkan beberapa cara bagaimana haiwan
menjaga telur dan anaknya.
1. Haiwan mempunyai cara tersendiri untuk memastikan
kemandirian spesiesnya.
2. Sesetengah haiwan mamstikan kemandirian spesiesnya
dengan menjaga telur atau anaknya.
3. Berikut menunjukkan beberapa cara bagaimana haiwan
menjaga telur dan anaknya.
4. Sesetengah haiwan tidak menjaga telur dan anaknya.
5. Haiwan - haiwan ini mempunyai cara yang tersendiri
untuk memastikan kemandirian spesiesnya.
untuk memastikan kemandirian spesiesnya.
Beberapa contoh ditunjukkan di bawah.
6. Haiwan yang tidak menjaga telur atau anaknya biasanya
bertelur dengan banyak pada satu masa.
bertelur dengan banyak pada satu masa.
Contohnya penyu, katak, ikan, nyamuk dan siput.
7. Bilangan telur yang banyak akan memastikan sebahagian
telur atau anaknya mempunyai peluang hidup.
telur atau anaknya mempunyai peluang hidup.
Sahabat atau Musuh
Kebaikan dan Keburukan Mikroorganisma
1. Sesetengah mikroorganisma adalah berfaedah,
manakala sesetengahnya adalah berbahaya.
2. Mikroorganisma yang berfaedah boleh digunakan
dalam pembuatan makanan dan baja.
3. Yis digunakan dalam pembuatan roti, tapai dan tempe.
1. Sesetengah mikroorganisma adalah berfaedah,
manakala sesetengahnya adalah berbahaya.
2. Mikroorganisma yang berfaedah boleh digunakan
dalam pembuatan makanan dan baja.
3. Yis digunakan dalam pembuatan roti, tapai dan tempe.
Roti Tapai
Tempe
4. Sesetengah bakteria digunakan untuk membuat keju dan dadih.
Keju Dadih
5. Bakteria dan kulat juga digunakan dalam pembuatan baja.
6. Bakteria dan kulat menguraikan organisma mati untuk
menghasilkan baja asli.
menghasilkan baja asli.
7. Mikroorganisma yang berbahaya boleh menyebabkan:
- penyakit
- keracunan makanan
- makanan menjadi rosak
- pereputan gigi
8. Jadual di bawah menunjukkan beberapa penyakit yang
disebabkan oleh mikroorganisma.
disebabkan oleh mikroorganisma.
Mikroorganisma
|
Penyakit
|
Bakteria
|
Kolera, konjunktivitis
|
Virus
|
AIDS, selsema, campak, beguk, cacar air
|
Kulat
|
Kurap, panau
|
9. Sesetengah penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma
boleh merebak daripada seseorang kepada seseorang yang lain.
Penyakit - penyakit ini disebut penyakit berjangkit.
10. Penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma boleh dicegah
boleh merebak daripada seseorang kepada seseorang yang lain.
Penyakit - penyakit ini disebut penyakit berjangkit.
10. Penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma boleh dicegah
daripada merebak dengan;
- membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan atau selepas menggunakan tandas.
- minum air yang telah dididihkan.
- menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin.
- kuarantin pesakit yang menghidap penyakit berjangkit.
- membalut luka.
- tidak berkongsi peralatan peribadi dengan pesakit.
Subscribe to:
Posts (Atom)