Saturday, 22 December 2012

Menyiasat Bumi dan Alam Semesta

Buruj
  1. Segugusan bintang yang membentuk corak tertentu di langit disebut sebagai buruj.
  2. Buruj dinamakan mengikut coraknya.
  3. Contoh - contoh buruj ialah:
a) Buruj Pari

   

  • Mempunyai corak seperti layang - layang atau palang dan menunjuk ke arah Kutub Selatan.
  • Ia boleh dilihat di antara bulan April dan Jun.

b) Buruj Biduk

 

  • Merupakan sekumpulan tujuh bintang yang terang yang membentuk corak seperti senduk.
  • Buruj ini boleh dilihat di antara bulan April dan Jun.
  • Selain itu, buruj ini juga menunjuk ke arah Kutub Utara.
c) Buruj Skorpio

 

  • Dilihat seperti kala jengking dengan kepala, badan yang panjang, ekor dan sengatnya.
  • Buruj Skorpio boleh dilihat di antara bulan Jun dan Ogos.


c) Buruj Belantik
   

  • Dilihat seperti seorang pemburu dengan tali pinggang serta pedang.
  • Ia boleh dilihat di antara bulan Disember dan Februari.
  • Buruj Belantik menunjuk ke arah Kutub Utara.


Kepentingan Buruj
  1. Buruj digunakan oleh pengembara untuk menunjuk arah.
  2. Buruj juga digunakan oleh petani untuk menentukan masa bagi aktiviti - aktiviti tertentu seperti penanaman dan penuaian.
 

2 comments:

  1. gambarajah buruj jelas dan menarik. lebih menarik jika diletakkan anak panah pada buruj bagi menjelaskan arah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen yang membina. Insyaallah, saya akan memperbaiki mutu blog saya ini dari masa ke semasa.

      Delete