Menyiasat Alam Bahan
Sifat - Sifat Bahan
- Bahan adalah sesuatu yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
- Bahan wujud dalam bentuk pepejal, cecair atau gas.
- Contoh - contoh pepejal ialah beg, buku, klip kertas, batu dan bola.
- Pepejal mempunyai sifat - sifat yang berikut:
- Mempunyai jisim
- Mempunyai isipadu yang tetap
- Mempunyai bentuk yang tidak tetap dan tidak mengambil bentuk bekas yang diisinya.
5. Cecair mempunyai sifat - sifat yang berikut:
- Mempunyai jisim
- Mempunyai isi padu yang tetap
- Tidak mempunyai bentuk yang tetap dan mengambil bentuk bekas yang diisinya
- Tidak boleh dimampatkan
- Contoh : air paip, susu, kopi, dakwat dan minyak masak.
- Sesetengah cecair mengalir lebih cepat daripada cecair yang lain.
6. Gas mempunyai sifat - sifat yang berikut:
- Mempunyai jisim
- Tidak mempunyai isi padu yang tetap dan mengambil bentuk bekas yang diisinya
- Boleh dimampatkan
- Contoh : udara, wap air, hidrogen dan nitrogen
No comments:
Post a Comment