Thursday 29 November 2012

Tenaga Elektrik

Sumber Tenaga Elektrik
  1. Terdapat pelbagai sumber tenaga elektrik
  2. Beberapa sumber tenaga elektrik ditunjukkan di bawah:
a) Sel kering


  • Kecil dan ringan
  • Membekalkan tenaga elektrik yang kecil
  • Digunakan dalam jam, barang mainan dan lampu suluh
  • Tidak tahan lama
b) Sel suria


  • Menukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik
  • Digunakan dalam satelit, kalkulator dan alat pemanas air
c) Dinamo


  • Menghasilkan tenaga elektrik daripada putaran magnet
  • Menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga elektrik
  • Digunakan dalam basikal untuk menyalakan lampu
d) Akumulator


  • Membekalkan tenaga elektrik yang lebih besar daripada sel kering
  • Boleh dicas semula dan tahan lama
  • Digunakan dalam kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan bas
e) Stesen kuasa hidroelektrik


  • Menggunakan tenaga kinetik yang mengalir dari empangan untuk menjana tenaga elektrik
  • Membekalkan tenaga elektrik yang besar

7 comments:

  1. isi yang ringkas dan menarik, mudah difahami juga sesuai untuk murid sekolah rendah.

    ReplyDelete
  2. Maklumat yg sesuai, ringkas dan padat. Terima kasih kerana perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas komen yang membina..

    ReplyDelete
  4. Blog yang cantik dan maklumat mengenai mata pelajaran sains yang lengkap dan bersesuaian.

    ReplyDelete
  5. Syabas cikgu...banyak info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih rakan - rakan semua. Segala komen anda sangat saya hargai. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.Insyaallah..

      Delete