Friday, 2 November 2012

Menyiasat Alam Fizikal

Tenaga

  1. Tenaga didefinisikan sebagai keupayaan untuk melakukan kerja.
  2. Tenaga membolehkan hidupan menjalani proses hidup seperti bertumbuh, bernafas dan bergerak.
  3. Benda bukan hidup juga memerlukan tenaga untuk bergerak, melantun dan melebur.
  4. Terdapat pelbagai jenis sumber tenaga.
  • Matahari
  • Makanan
  • Angin
  • Bahan api
  • Sel kering
      5.   Sumber tenaga utama berasal daripada Matahari.
      6.   Matahari adalah sumber tenaga haba dan tenaga cahaya yang
            utama.
  1. Terdapat pelbagai jenis tenaga.
Tenaga kinetik
Tenaga yang dipunyai oleh objek yang bergerak
Contoh: kipas yang berputar
Tenaga elektrik
Tenaga yang dihasilkan oleh aliran arus elektrik
Contoh : televisyen, peti sejuk
Tenaga cahaya
Tenaga yang dipunyai oleh objek yang mengeluarkan cahaya
Contoh : Lampu, Lilin
Tenaga bunyi
Tenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar
Contoh : Radio, pengering rambut
Tenaga haba
Tenaga  yang dipunyai oleh objek yang panas.
Contoh : periuk nasi elektrik, seterika
Tenaga keupayaan
Tenaga yang tersimpan dalam objek disebabkan oleh kedudukan atau keadaannya.
Contoh : Getah yang diregangkan, pembaris plastik yang dilentur
Tenaga kimia
Tenaga yang tersimpan dalam bahan kimia
Contoh : Lilin yang dibakar, makanan


    2.   Tenaga boleh diubah daripada satu bentuk ke satu
          bentuk yang lain.
    3.   Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh perubahan
          tenaga.

Peralatan
Perubahan tenaga
Seterika elektrik
Tenaga elektrik berubah menjadi tenaga haba
Radio
Tenaga elektrik berubah menjadi tenaga bunyi
Kipas siling
Tenaga elektrik berubah menjadi tenaga kinetik dan tenaga bunyi

3 comments:

  1. Nota yang sangat menarik :) Thanks for sharing !

    ReplyDelete
  2. thanks you very much cikgu myra

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete