Boleh Diperbaharui atau Tidak Boleh Diperbaharui?
Sumber yang boleh diperbaharui
- Tenaga yang kita gunakan setiap hari datang dari pelbagai sumber.
- Sesetengah sumber tenaga boleh diperbaharui dan sesetengahnya tidak boleh diperbaharui.
- Sumber tenaga seperti tenaga solar, air, angin, dan biojisim akan sentiasa ada sepanjang masa.
- Sumber tenaga ini disebut tenaga yang dapat diperbaharui.
Sumber yang tidak dapat diperbaharui
- Tenaga yang dapat diperbaharui adalah tenaga yang boleh digantikan apabila kehabisan.
- Tenaga yang tidak dapat diperbaharui adalah tenaga yang tidak dapat digantikan apabila kehabisan.
- Contoh tenaga yang tidak dapat diperbaharui ialah petroleum, gas asli, tenaga nuklear dan arang batu.
- Tenaga yang dapat diperbaharui adalah lebih baik daripada tenaga yang tidak dapat diperbaharui kerana sedia ada dan tidak menyebabkan pencemaran.
- Kita perlu menggunakan tenaga secara bijaksana untuk..
a) menjimatkan kos
b) mengelakkan pembaziran
c) mengurangkan pencemaran
10. Beberapa cara yang kita boleh amalkan untuk menjimatkan
tenaga adalah;
a) menggunakan peralatan yang kurang menggunakan
tenaga
b) menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi
kereta
c) matikan peralatan elektrik apabila tidak digunakan
d) mengitar semula bahan