Bahan Berubah
- Air boleh wujud dalam tiga keadaan, iaitu pepejal, cecair dan gas.
- Air boleh berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain apabila menerima atau kehilangan haba.
- Apabila air dipanaskan, ia akan berubah menjadi wap air (gas).
- Apabila wap air disejukkan, ia akan berubah menjadi air (cecair)
- Apabila air membeku, ia akan menjadi ais (pepejal)
- Air boleh berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain melalui proses - proses ini.
Peleburan
Pembekuan
Pendidihan
Kondensasi
Penyejatan
7. Jadual di bawah menunjukkan perubahan keadaan bahan
semasa proses - proses tersebut.
Proses yang terlibat
|
Perubahan keadaan bahan
|
Peleburan
|
Pepejal menjadi cecair
|
Pembekuan
|
Cecair menjadi pepejal
|
Pendidihan
|
Cecair menjadi gas
|
Kondensasi
|
Gas menjadi cecair
|
Penyejatan
|
Cecair menjadi gas
|
8. Faktor - faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air
adalah seperti berikut:
a) Pergerakan udara (angin)
Penyejatan berlaku lebih cepat semasa hari berangin
b) Suhu persekitaran
Semakin tinggi suhu, semakin cepat air menyejat
c) Luas permukaan yang terdedah
Air tersejat lebih cepat apabila luas permukaan air yang
terdedah adalah lebih besar.