Pages

Thursday, 13 December 2012

Perubahan Keadaan Bahan

Bahan Berubah


  1. Air boleh wujud dalam tiga keadaan, iaitu pepejal, cecair dan gas.
  2. Air boleh berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain apabila menerima atau kehilangan haba.
  3. Apabila air dipanaskan, ia akan berubah menjadi wap air (gas).
  4. Apabila wap air disejukkan, ia akan berubah menjadi air (cecair)
  5. Apabila air membeku, ia akan menjadi ais (pepejal)
  6. Air boleh berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain melalui proses - proses ini.

Peleburan


Pembekuan



Pendidihan



Kondensasi



Penyejatan

     7.  Jadual di bawah menunjukkan perubahan keadaan bahan
          semasa proses - proses tersebut.

Proses yang terlibat
Perubahan keadaan bahan
Peleburan
Pepejal menjadi cecair
Pembekuan
Cecair menjadi pepejal
Pendidihan
Cecair menjadi gas
Kondensasi
Gas menjadi cecair
Penyejatan
Cecair menjadi gas

      8.  Faktor - faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air
           adalah seperti berikut:
           a)  Pergerakan udara (angin)
                Penyejatan berlaku lebih cepat semasa hari berangin
           b)  Suhu persekitaran
                Semakin tinggi suhu, semakin cepat air menyejat
           c)  Luas permukaan yang terdedah
                Air tersejat lebih cepat apabila luas permukaan air yang
                terdedah adalah lebih besar.

16 comments:

  1. alhamdulillah, berguna untuk saya. lagi beberapa hari lagi menuju upsr

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah mesti senang saya menjawab UPSR nanti.

    ReplyDelete
  4. suka.. trima kasih.. bolehlah nak jawab peperiksaan akhir tahun nanti..

    ReplyDelete
  5. Ada yang tanya saya, tapi saya x tahu macam mana nak jawab #sayabukancikgu;

    Kenapa zarah bulat, bukan bentuk lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. zarah bukan bulat
      bulat tu hanya sebagai gambaran saja bagi memudahkan pemahaman

      Delete
  6. TQ...TAPI PERKATAAN CIKGU MYRA TU ASHIK IKOT JER PENAT TGOK DIE PUSINNG2,.......HAHAHA

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Thanks.Very useful.Besok dah gerak gempur sains. baru harini buat revision.Hahahaha

    ReplyDelete
  9. bagaimana nak terangkan apa itu zarah? dan contoh #sayabukancikgu

    ReplyDelete
  10. Bagaimanakah suhu air berubah apabila air menerima haba

    ReplyDelete
  11. Kalau penyejatan menerima haba atau hilang haba

    ReplyDelete
  12. Apakah yang berlaku apabila wap air menjadi air?

    ReplyDelete