Pages

Thursday, 13 December 2012

Apa Yang Datang Dan Pergi?

Kitar Air
  1. Pergerakan air secara berterusan dari permukaan bumi ke atmosfera dan kembali semula ke permukaan bumi disebut sebagai kitar air.
  2. Kitar air menyediakan semua hidupan dengan bekalan air yang berterusan untuk kemandirian.
  3. Berikut menunjukkan pembentukan awan dan hujan.
  • Air dari tasik, sungai, dan laut dipanaskan oleh Matahari, tersejat dan membentuk wap air.
  • Apabila air naik ke atmosfera, wap air menjadi lebih sejuk. Ini menyebabkan wap air terkondensasi dan membentuk titisan air.
  • Titisan air yang kecil akan berkumpul membentuk awan.
  • Apabila semakin banyak titisan air bergabung, awan menjadi semakin berat.
  • Apabila awan menjadi sangat berat, titisan air akan jatuh ke bumi sebagai hujan.


2 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih atas komen anda.Insyaallah, saya akan mengemaskini maklumat yang terkini dari masa ke semasa.

      Delete