Pages

Sunday, 2 December 2012

Kesan Haba

Pengembangan dan Pengecutan
  1. Penambahan haba atau kehilangan haba boleh menyebabkan bahan mengembang atau mengecut.
  2. Bahan mengembang apabila dipanaskan. Bahan mengecut apabila disejukkan.
  3. Contoh aplikasi prinsip pengembangan dan pengecutan dalam kehidupan harian adalah seperti berikut.
  • Terdapat ruang - ruang pada landasan keretapi. Pada hari yang panas, landasan keretapi mengembang. Ruang - ruang ini membenarkan pengembangan dan mengelakkan landasan daripada membengkok.
  

  • Kereta kabel dipasang secara kendur untuk mengelakkan kabel daripada terputus apabila mengecut pada hari yang sejuk.
  

  • Penutup botol yang ketat boleh dilonggarkan dengan merendamkan penutup logam botol itu ke dalam air panas.


14 comments: