Sunday, 2 December 2012

Kesan Haba

Pengembangan dan Pengecutan
  1. Penambahan haba atau kehilangan haba boleh menyebabkan bahan mengembang atau mengecut.
  2. Bahan mengembang apabila dipanaskan. Bahan mengecut apabila disejukkan.
  3. Contoh aplikasi prinsip pengembangan dan pengecutan dalam kehidupan harian adalah seperti berikut.
  • Terdapat ruang - ruang pada landasan keretapi. Pada hari yang panas, landasan keretapi mengembang. Ruang - ruang ini membenarkan pengembangan dan mengelakkan landasan daripada membengkok.
  

  • Kereta kabel dipasang secara kendur untuk mengelakkan kabel daripada terputus apabila mengecut pada hari yang sejuk.
  

  • Penutup botol yang ketat boleh dilonggarkan dengan merendamkan penutup logam botol itu ke dalam air panas.


Haba

Panas Atau Sejuk
  1. Haba adalah satu bentuk tenaga.
  2. Kita boleh merasai haba, tetapi kita tidak boleh melihat haba.
  3. Apabila sesuatu bahan menerima haba, bahan itu menjadi panas.
  4. Apabila sesuatu bahan kehilangan haba, bahan itu menjadi sejuk.
  5. Suhu suatu objek adalah pengukuran darjah kepanasan atau kesejukan objek itu.
  6. Objek yang sejuk mempunyai suhu yang rendah, manakala objek yang panas mempunyai suhu yang tinggi.
  7. Unit metrik bagi suhu ialah darjah Celsius (˚C) .
  8. Suhu boleh diukur dengan menggunakan termometer.
Eksperimen Haba





 
   
Jenis - jenis termometer


Saturday, 1 December 2012

Pantulan Cahaya

Cahaya Boleh Dipantulkan
  1. Apabila cahaya mengenai sesuatu permukaan, cahaya akan melantun atau memantul.
  2. Sifat cahaya ini disebut pantulan.
  3. Pantulan cahaya boleh ditunjukkan dalam bentuk gambar rajah sinar.

  4. Pantulan cahaya dipengaruhi oleh keadaan permukaan sesuatu objek.
  5. Permukaan yang licin, keras dan berkilat adalah pemantul cahaya yang baik.
  6. Contoh pemantul cahaya yang baik ialah cermin.
  7.  Prinsip pantulan cahaya digunakan dalam

cermin sisi kereta

 
periskop

 
kaleidoskop

 
cermin pergigian

Cahaya

Bagaimana Cahaya Bergerak?
  1. Cahaya bergerak lurus.

  2. Aktiviti - aktiviti di bawah menunjukkan cahaya bergerak lurus.

  1. Bayang - bayang terbentuk apabila cahaya dihalang oleh objek legap atau objek lut cahaya.
  2. Saiz bayang - bayang boleh diubah dengan mengubah
a)   jarak di antara objek dengan sumber cahaya
b)   jarak di antara objek dengan skrin

     5.   Saiz bayang - bayang bertambah apabila jarak di antara objek
           dengan sumber cahaya berkurang.



     6.   Saiz bayang - bayang berkurang apabila jarak di antara objek
           dengan sumber cahaya bertambah.


     7.   Bentuk bayang - bayang boleh diubah dengan mengubah

a)   kedudukan sumber cahaya


b)   kedudukan objek
  

Mengendali Dengan Cermat

Mengendali Peralatan Elektirk Dengan Betul
  1. Peralatan elektrik perlu dikendalikan dengan betul kerana peralatan ini boleh menyebabkan kecederaan jika tidak digunakan dengan betul.
  2. Beberapa bahaya yang disebabkan oleh penggunaan elektrik yang tidak betul termasuklah
  • kejutan elektrik

  • melecur
  • kebakaran

  • renjatan elektrik
electrocution.jpg
  1. Terdapat langkah berjaga - jaga yang mesti diambil semasa menggunakan peralatan elektrik.
  • Jangan menyentuh suis dengan tangan yang basah
  • Jangan menggunakan peralatan elektrik yang sudah rosak
  • Jangan menyambung terlalu banyak peralatan elektrik pada satu sumber kuasa
  • Jangan membaiki sendiri peralatan elektrik yang rosak
  • Jangan menggunakan peralatan elektrik yang wayar penebatnya telah rosak
  • Jangan memasukkan sebarang objek ke dalam sumber kuasa

Friday, 30 November 2012

Litar Elektrik

Litar Bersiri dan Litar Selari
  1. Arus elektrik hanya boleh mengalir melalui litar yang lengkap.
  2. Satu litar lengkap terdiri daripada sel kering, wayar, mentol dan suis.

  1. Litar di atas boleh dilukis menggunakan simbol.
  2. Terdapat dua jenis litar elektrik
  • Litar bersiri
  • Litar selari
  1. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan di antara litar bersiri dan litar selari.
  1. Mentol - mentol yang disambung secara selari menyala lebih terang daripada mentol - mentol yang disambung secara bersiri.


Thursday, 29 November 2012

Tenaga Elektrik

Sumber Tenaga Elektrik
  1. Terdapat pelbagai sumber tenaga elektrik
  2. Beberapa sumber tenaga elektrik ditunjukkan di bawah:
a) Sel kering


  • Kecil dan ringan
  • Membekalkan tenaga elektrik yang kecil
  • Digunakan dalam jam, barang mainan dan lampu suluh
  • Tidak tahan lama
b) Sel suria


  • Menukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik
  • Digunakan dalam satelit, kalkulator dan alat pemanas air
c) Dinamo


  • Menghasilkan tenaga elektrik daripada putaran magnet
  • Menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga elektrik
  • Digunakan dalam basikal untuk menyalakan lampu
d) Akumulator


  • Membekalkan tenaga elektrik yang lebih besar daripada sel kering
  • Boleh dicas semula dan tahan lama
  • Digunakan dalam kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan bas
e) Stesen kuasa hidroelektrik


  • Menggunakan tenaga kinetik yang mengalir dari empangan untuk menjana tenaga elektrik
  • Membekalkan tenaga elektrik yang besar