Monday, 15 October 2012

Mikroorganisma

MENYIASAT ALAM HIDUPAN

Apa Itu Mikroorganisma?
1. Mikroorganisma adalah hidupan seni.
2. Mikroorganisma hanya boleh dilihat melalui mikroskop
    atau kanta pembesar.

  

3. Mikro bermaksud 'seni' dan organisma bermaksud 'hidupan'.
4. Terdapat empat jenis mikroorganisma yang utama iaitu bakteria,
    virus, kulat dan protozoa.

      
                                  Virus                                                    Bakteria                                                           

    

   Kulat                                                            Protozoa

5. Virus adalah mikroorganisma yang paling kecil.
6. Kulat adalah merupakan mikroorganisma yang paling
    besar antara keempat - empat
    mikroorganisma.
7. Mikroorganisma menjalani proses - proses hidup.
8. Mikroorganisma membiak, bernafas dan bergerak.
9. Aktiviti berikut menunjukkan mikroorganisma bergerak.



Tuesday, 9 October 2012

PENGENALAN

Disediakan oleh : HUMAIRAA BINTI JAINI (D20112053742)


Selamat Datang ke Dunia Sains Tahun 5!

PENGENALAN KURIKULUM SAINS

            Seperti yang dinyatakan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara holistik dan bersepadu untuk melahirkan insan yang mempunyai intelek, rohani, jasmani, emosi dan fizikal yang seimbang dan harmoni. Kurikulum sains sekolah rendah dan menengah dibangunkan dengan matlamat menghasilkan individu sedemikian.
            Sebagai sebuah negara yang sedang menuju ke arah Wawasan 2020, keperluan Malaysia untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berorientasikan sains, progresif, berilmu, mempunyai kapasiti yang tinggi untuk perubahan, pandang ke hadapan, inovatif dan penyumbang kepada perkembangan sains dan teknologi masa hadapan. Selaras dengan itu, terdapat keperluan untuk melahirkan warganegara yang kreatif, kritikal, ingin tahu, berfikiran terbuka, dan kompeten dalam bidang sains dan teknologi.

MATLAMAT
  • Membentuk masyarakat budaya sains dan teknologi
  • Melahirkan insan bertanggungjawab terhadap alam sekeliling
  • Bersyukur dan mengagumi ciptaan alam
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
  • Eksperimen
  • Perbincangan
  • Simulasi
  • Projek

SIKAP DAN NILAI

      Sikap Saintifik
  • Minat dan bersifat ingin tahu
  • Jujur dan tepat dalam merekod data
  • Berfikiran terbuka
  • Tabah, sistematik dan yakin
      Nilai Positif 
  • Kerjasama dan bertanggungjawab ke atas keselamatan
  • Ikram dan mensyukuri nikmat alam, sains dan teknologi
PENILAIAN
  1. Dijalankan secara berterusan
  2. Untuk mengesan sejauh mana murid menguasai objektif pencapaian yang dinyatakan
  3. Dilaksanakan secara pemerhatian, lisan atau bertulis
  4. Bertujuan untuk mengatasi masalah murid dan memperkukuhkan lagi pembelajaran murid
  5. Tiga aspek dinilaikan iaitu:
  • Pengetahuan (fakta, konsep dan prinsip sains)
  • Kemahiran (proses, kemahiran manipulatif dan pemikiran sains)
  • Sikap dan nilai