Friday 30 November 2012

Litar Elektrik

Litar Bersiri dan Litar Selari
  1. Arus elektrik hanya boleh mengalir melalui litar yang lengkap.
  2. Satu litar lengkap terdiri daripada sel kering, wayar, mentol dan suis.

  1. Litar di atas boleh dilukis menggunakan simbol.
  2. Terdapat dua jenis litar elektrik
  • Litar bersiri
  • Litar selari
  1. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan di antara litar bersiri dan litar selari.
  1. Mentol - mentol yang disambung secara selari menyala lebih terang daripada mentol - mentol yang disambung secara bersiri.


Thursday 29 November 2012

Tenaga Elektrik

Sumber Tenaga Elektrik
  1. Terdapat pelbagai sumber tenaga elektrik
  2. Beberapa sumber tenaga elektrik ditunjukkan di bawah:
a) Sel kering


  • Kecil dan ringan
  • Membekalkan tenaga elektrik yang kecil
  • Digunakan dalam jam, barang mainan dan lampu suluh
  • Tidak tahan lama
b) Sel suria


  • Menukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik
  • Digunakan dalam satelit, kalkulator dan alat pemanas air
c) Dinamo


  • Menghasilkan tenaga elektrik daripada putaran magnet
  • Menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga elektrik
  • Digunakan dalam basikal untuk menyalakan lampu
d) Akumulator


  • Membekalkan tenaga elektrik yang lebih besar daripada sel kering
  • Boleh dicas semula dan tahan lama
  • Digunakan dalam kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan bas
e) Stesen kuasa hidroelektrik


  • Menggunakan tenaga kinetik yang mengalir dari empangan untuk menjana tenaga elektrik
  • Membekalkan tenaga elektrik yang besar

Tuesday 27 November 2012

Kuiz tahun 5


Question Excerpt From Science Quiz - Year 5


What two things can keep us healthy?

A.

B.

C.

D.




Which 2 of the following foods/drinks should we not have too much of 


 

A.

B.

C.

D.

E.




How often should we eat fruit and vegetables?





A.

B.

C.

D.

E.



Choose 2 foods which are good souces of protein





A.

B.

C.

D.

E.

What pumps blood around the body?



A.

B.

C.

When you exercise your muscles need more energy. What happens to your heart beat when you exercise?
A.

B.

C.




What protects your heart and lungs?


 




A.

B.

C.



Which 3 of the following are  health risks?




A.

B.

C.

D.

E.



Jom Rileks !

Rilekskan diri anda dengan bermain permainan yang menyeronokkan ini .. 



--> KLIKSINI <--


Tenaga

Boleh Diperbaharui atau Tidak Boleh Diperbaharui?

   
Sumber yang boleh diperbaharui
  1. Tenaga yang kita gunakan setiap hari datang dari pelbagai sumber.
  2. Sesetengah sumber tenaga boleh diperbaharui dan sesetengahnya tidak boleh diperbaharui.
  3. Sumber tenaga seperti tenaga solar, air, angin, dan biojisim akan sentiasa ada sepanjang masa.
  4. Sumber tenaga ini disebut tenaga yang dapat diperbaharui.
        
Sumber yang tidak dapat diperbaharui 
  1. Tenaga yang dapat diperbaharui adalah tenaga yang boleh digantikan apabila kehabisan.
  2. Tenaga yang tidak dapat diperbaharui adalah tenaga yang tidak dapat digantikan apabila kehabisan.
  3. Contoh tenaga yang tidak dapat diperbaharui ialah petroleum, gas asli, tenaga nuklear dan arang batu.
  4. Tenaga yang dapat diperbaharui adalah lebih baik daripada tenaga yang tidak dapat diperbaharui kerana sedia ada dan tidak menyebabkan pencemaran.
  5. Kita perlu menggunakan tenaga secara bijaksana untuk..
          a)     menjimatkan kos
          b)     mengelakkan pembaziran
          c)     mengurangkan pencemaran

   10.  Beberapa cara yang kita boleh amalkan untuk menjimatkan
          tenaga adalah;

          a)     menggunakan peralatan yang kurang menggunakan
                  tenaga


            b)     menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi
                     kereta



          c)     matikan peralatan elektrik apabila tidak digunakan



          d)     mengitar semula bahan



Friday 2 November 2012

Menyiasat Alam Fizikal

Tenaga

  1. Tenaga didefinisikan sebagai keupayaan untuk melakukan kerja.
  2. Tenaga membolehkan hidupan menjalani proses hidup seperti bertumbuh, bernafas dan bergerak.
  3. Benda bukan hidup juga memerlukan tenaga untuk bergerak, melantun dan melebur.
  4. Terdapat pelbagai jenis sumber tenaga.
  • Matahari
  • Makanan
  • Angin
  • Bahan api
  • Sel kering
      5.   Sumber tenaga utama berasal daripada Matahari.
      6.   Matahari adalah sumber tenaga haba dan tenaga cahaya yang
            utama.
  1. Terdapat pelbagai jenis tenaga.
Tenaga kinetik
Tenaga yang dipunyai oleh objek yang bergerak
Contoh: kipas yang berputar
Tenaga elektrik
Tenaga yang dihasilkan oleh aliran arus elektrik
Contoh : televisyen, peti sejuk
Tenaga cahaya
Tenaga yang dipunyai oleh objek yang mengeluarkan cahaya
Contoh : Lampu, Lilin
Tenaga bunyi
Tenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar
Contoh : Radio, pengering rambut
Tenaga haba
Tenaga  yang dipunyai oleh objek yang panas.
Contoh : periuk nasi elektrik, seterika
Tenaga keupayaan
Tenaga yang tersimpan dalam objek disebabkan oleh kedudukan atau keadaannya.
Contoh : Getah yang diregangkan, pembaris plastik yang dilentur
Tenaga kimia
Tenaga yang tersimpan dalam bahan kimia
Contoh : Lilin yang dibakar, makanan


    2.   Tenaga boleh diubah daripada satu bentuk ke satu
          bentuk yang lain.
    3.   Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh perubahan
          tenaga.

Peralatan
Perubahan tenaga
Seterika elektrik
Tenaga elektrik berubah menjadi tenaga haba
Radio
Tenaga elektrik berubah menjadi tenaga bunyi
Kipas siling
Tenaga elektrik berubah menjadi tenaga kinetik dan tenaga bunyi